POLISI PEMULANGAN WANG

eNIAGA.COOP Trade

1.Jika pembeli berhasrat membatalkan penyertaan MESTILAH mempunyai alasan kukuh dan menghubungi kami dengan menyertakan bukti jelas ke admin@eniaga.coop

2.Pembatalan dan pemulangan wang boleh dilakukan jika  eNIAGA.COOP Trade didapati tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pembekal perkhidmatan sepertimana dijanjikan.

3.Pembatalan dan pemulangan wang boleh dilakukan jika produk atau perkhidmatan yang dibekalkan tidak menepati terma yang dipersetujui.

4.Pembatalan dan pemulangan wang boleh dilakukan jika berlaku lebihan bayaran, kesilapan sistem disebabkan masalah ketidakstabilan talian internet semasa transaksi dilakukan. Tuntutan pemulangan wang ini PERLU DISERTAKAN dengan bukti kukuh dan dokumen sokongan yang berkenaan.

5. Sesuatu amaun pemulangan hanya akan dikreditkan ke akaun pembeli/pembayar/pelanggan dalam tempoh 30 HARI DARIPADA TARIKH TUNTUTAN disahkan.

Sila hubungi kami sekiranya ingin mengajukan pertanyaan pada isu yang berkenaan.

Hubungi kami melalui emel : admin@eniaga.coop